Ayah ngan mak aku orang Selangor . Aku org Seremban sbb aku lahir kat sana . Tapi adat perpatih ngn pantang larang nogori aku tak ambil tau sgt . Tau la sikit2 . Kat bawah ni semua tentang pantang larang orang tua2 dulu
Tidur waktu senjakala, datang penyakit
Tidur waktu tengahari, pendek umur
Tidur membawa emah(nasi), mimpi dikejar harimau
Tidur bersarongkan tikar, diukur hantu
Tidur berbantalkan bendul, lambat dapat rezeki
Tidur di atas tanah, diludahkan hantu
Tidur diatas bengkalai (rumah/tempat yang dalam proses penyiapan), ditanduk lembu.
Tidur di atas ikar sembahyang(sejadah) kena kurap
Tidur membujur dengan tiang alang, mengigau
Tidur berselang-seli, pantang pencuri
Tidur menjunjung tangan, kegemaran hantu
Tidur menyiarap bertatangkan kaki, mati emak
Tidur melentang (perempuan), datang ular
Pengajaran
Pantang larang sewaktu tidur adalah hanya untuk memberikan keselamatan, keselesaan dan kecergasan sewaktu kita tidur.
Makan Bergondol (Tidak Bersongkok), akan mati isteri
Makan Bertinggong (Mencanggung), akan mahal rezeki
Makan Bertatang, akan mati anak kecil
Makan Berlunjur, akan menjadi Pemalas
Makan bertekan tangan sebelah ke lantai, akan cepat lemah badan
Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua
Makan didalam pinggan sumbing, akan sumbing bibir anak
Pengajaran
Setelah dibuat kajian adalah didapati bukan semuanya pantang larang tentang peradaban ketika makan mempunyai unsur-unsur yang membawa kepada kesihatan ataupun kebaikan. Pantang larang yang diadakan oleh orang tua-tua tentang masakini hanya untuk menakut-nakutkan sahaja, supaya kita tidak melakukan amalan tersebut dan menjadikan pantang larang tersebut sebagai kepercayaan di dalam diri kita.
Duduk di atas bantal, kena bisul
Duduk dihujung tikar, penjatuh
Duduk di atas nyiru, akan jatuh ke dalam perigi
Duduk dhujung hyiru, akan ditempik orang
Duduk diatas upeh(pinang), jatuh ketika memanjat
Duduk di atas dulang, jatuh kedalam perigi
Duduk diatas batu, berat punggung
Duduk dihujung bendol, mahal rezeki
Duduk ditiang tengah, di tembak petir
Duduk didalam lesong, jika lelai medapat buasir, perempuan pula mendapat tombong
Duduk di atas buah kelapa, kena burut (lelaki)
Duduk dimuka pintu, menahan rezeki hendak datang
Duduk menongkat dagu, celaka nasib
Duduk menggoyang-goyangkan kaki, sentiasa berhutang
Duduk dimuka tangga, rezeki mahal
Pengajaran
Pengajaran ini hanya untuk menakut-nakutkan.Jika pantang larang ini dipatuhi, maka perlakuan yang tidak manis tidak akan dilakukan oleh anak-anak muda dan generasi kan datang.
Makan kepala lutut keluar, akan mati isteri
Makan dalam periuk, akan buruk muka anak
Makan dlam belanga, comot rupa anak
Makan dengan penyucuk, dapat penyakit mencucuk meradak
Makan diatas bendol, lambat mendapat rezeki
Makan diwaktu senjakala, akan makan bersama hantu
Makan tak membasuh pinggan (selepas makan) bagi orang perempuan, akan mati kelaparan
Makan beremah (comot dengan nasi) sampai kepipi akan mendapat anak tiri
Jika makan, di suruh orang menambah nasi lagi, dan jika tidak mahu menambah lagi, kita akan menjadi orang yang tidak melawan orang.
Makan selalu minta kuah, memoton kayu atau buluh tidak sekata (sama) jatuhnya
Makan sisa kucing, kena penyakit lelah
Makan sisa anak, anak akan melawan atau engkar perintah orang tua
Makan berulamkan pucuk kayu manis, cahaya kulit di maka hari ( muka hitam)
Makan nasi bekal yang tidak jadi dibawa berjalan akan bantut atau terencat anak
Makan pulut dengan sambal belacan, akan bodoh anak
Makan nasi bertambah rendang, akan kena kudis anak
Makan pisang berkembar, akan melahirkan anak kembar
Makan kepala ayam, akan mengantuk ketika menjadi pengantin(bersanding)
Makan mempedal ayam, liat kulit kemaluan ketika bersunat (lelaki)
Makan hati ikan, akan menjadi bodoh
Jangan berpindah tempat duduk ketika makan, alamat banyak isteri(lelaki) banyak suami(perempuan)
Makan nasi mentah, banyak jerawat
Makan hati pinang, akan menjadi benak(bebal) mengaji quran
Makan buah rembia, akan menjadi mandul
Makan telor tembelang ayam, akan menanah telinga anak
Makan beras, akan mendapat penyakit (pucat)
Makan burung murai, akan menjadi peleter(mulut bising)
Makan kepala kelapa, mati kena tikam
Makan isi kelapa, tentang tembukannya akan menjadi penakut
Makan kelapa yang gugur ke tanah, banyak cacing dalam perut
Makan tebu diwaktu senjakala, akan manis darah
Makan sirih sendai cukup(semua), Lampas mulut (Ada juga berkata kempong pipi)
Makan sirih tidak merah, cemburu
Kuat makan otak, lekas beruban
Kuat makan asam, akan turun hujan semasa hari pekahwinan (tetapi kalau hujan semasa hari perkahwinan dituduh pngantin itu kuat makan perkasam atau cencaluk)
Mencagut nasi dalam periuk, padi disawah akan dimakan tikus
Jangan tidor selepas makan alamat buncit perut
Semasa makan/minum tersedak ataupun bersin, tandanya disebut orang
Bersunsung tangan mengambil lauk, tanda ada orang nak datang kerumah
Makan sama-sama sudah, tandanya sama-sama nak mati
Bertambah nasi ketika sudah habis nasi didalam pinggan, putus rezeki
Membawa makanan tidak bertutup, diludah hantu
Mengeliat selepas makan, akan menjad pemalas
Ketika makan, ada orang memberikan wang, tandanya rezeki nak bertambah
Perempuan menyanyi di dapur dapat suami tua
Berbual ditangga ,orang meminang hanya ditangga sahaja .
Budak perempuan memakai songkok ,tidak serasi berayam .
Perempuan jatuh memanjat , mayatnya tidak disembahyangkan .
Sengkalan (batu giling lada) tidak berbasuh, kudis kepala anak.
Membakar puntung api, menyonsang akan melahirkan anak yang menyonsang keadaannya.
Membawa puntung api banyak-banyak sekali angkat, beranak kembar.
Meniup api berdua (bersama perempuan lain), seorang ditangkap harimau dan seorang disambar buaya.
Menangkupkan kerak nasi, karam di dalam pelayaran.
Naik ke rumah orang hingga di tangga sahaja, dipinang orang tak jadi kahwin.
Menjuntaikan kaki di malam hari (atas pelantar), kaki akan ditarik hantu.
Menyelang-nyelangkan antan lesong, marah hantu.
Menumbuk tanah dengan lesung akan dapat anak yang pekak.
Menjahit pakaian di badan, tak lepas hutang.
Mencucuk jarum waktu malam, rabun mata anak.
Bersikat di malam hari, akan musnah harta.
Bercermin waktu malam, rupa perempuan itu akan menjadi ‘tinjau belukar’ (cantik dari jauh sahaja)
Pengajaran
Untuk menjaga anak perempuan adalah rumit itulah sebabnya diperturunkan beberapa pantang larang seperti di atas.
Jika tak tahan berpanas , isteri akan dilarikan orang .
Bersiul dalam kampung , akan lari semangat padi .
Bersiul diatas rumah , mahal rezeki ataupun akan naik ular , atau sial.
Memanjat tiang , lambat besar .
Memanjat pokok pisang , busung perut .
Membaling waktu petang , kena kepala hantu .
Membaling waktu senja , kalau-kalau terkena mata anak hantu .
Membaling tulang bumbung rumah , mengganas harimau .
Pengajaran
Anak Lelaki adalah di ajar untuk menjadi orang yang tegap, tahan berpanas, tahan lasak, dan tidak liar. Itulah sebabnya diperturunkan pantang larang
Itu saje
No comments:
Post a Comment