Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku..aku nak diet ! Aku memang kurus, takde lemak . Eh kalau orang cakap nak diet, takkan fikir nak kurus je ? Aku nak diet sebab aku nak sihat . Berat aku 40 lebih . Kadang-kadang naik satu, dua . Bila aku lapar balik, dia kejap je turun . So, aku pun tak kisah la berapa pinggan aku tambah, berapa ayam aku kebas . Senang cerita everything yang aku suka, aku makan . Walaupun tak gemuk, tapi ada kesan kat muka . Orang kata kalau kita makan makanan yang tak sihat dan tak seimbang, nanti ada kesan kat badan macam gemuk atau kat muka .
So aku nak guna la tips ni an . Aku ada gak search kat google .
Air masak
Ini wajib setiap hari kena minum . Aku punya rutin la setiap hari, setiap pagi, bangun je terus minum air masak sebelum gosok gigi atau mandi ke and so on .
Cara makan
Bukan cara aku . Ni cara artis mana tah, lupa . Dia kata, setiap kali nak makan amik pinggan kecil . Cara ni dapat bantu kita rasa kurang lapar atau rasa kenyang la . Kalau tengah diet pakai pinggan besar, nanti rasa cam nak tambah lagi .
Puasa
Setiap hari aku makan . Eh bukan setiap saat aku makan walaupun dah kenyang . Cemana aku nak tahan satu hari tanpa pegang makanan ? Takpe la, berusaha . Aku baca article dari seorang blogger, dia guna puasa sebagai diet . Tapi hari Isnin dan Jumaat sahaja .
Bersenam
Exercise ? Aku memang suka tapi kadang-kadang malas . Kalau malas sangat, jalan pun boleh .
That's all . You know what, pimples sudah bertumbuh dengan giatnya kat muka . Wuaaaaa, sekolah dah nak dekat .
No comments:
Post a Comment