Jan 21, 2012

Tahun seniorku

Assalamualaikum

Haritu aku cakap "ini post terakhir untuk tahun 2011" . K, aku tarik balik sebab aku terlampau rindu nak berblog . Wuwu . Nak 'berperang' kenalah sanggup berkorban . Hehehe .

Yay ! Aku dah jadi senior . Boleh buli budak ann ? *angkatkening* . Ngeh ngeh, aku tak sejahat tu . Nak buli anak orang pulak . Adik aku takpe, boleh buli . Hakhak . Nasib baik kelas aku tak tukar . Stay macam dulu . Aku teringat balik masa first time aku pindah Terengganu . Aku tak nak sekolah sana, sebab tak nak berpisah dengan member kat Seremban . Tapi bila dah sesuaikan diri, rasa best lak an . I love all my classmate ! Ramai kata, rindu zaman sekolah . Act, diorang bukan rindu sekolah but they miss someone . I repeat someone~~

Aku macam pelajar-pelajar sekolah yang lain, yang sedang menahan sakit di kaki akibat merentas desa, sungai, taman, bandar, hutan, dan lain-lain pada hari Khamis sebelum Jumaat..mungkin ada pelajar sekolah lain merentas pada hari Jumaat sampaikan cikgu buat penamat di Masjid . Ye, aku murid lagi . Haruslah skema . Kalau tak skema bukan murid atau pelajar namanya .

28 hari bulan 1, aku buat to-do list kat phone..maknanya tarikh tu adalah tarikh yang penting . yang pertama, sekolah aku ada buat Jom Masuk U . Lepas aku dengar, aku berfikir tigajenak . Bukan sejenak . Semua classmate aku tulis nama sendiri kat kertas menandakan mereka mahu join . Kat dalam  kepala aku dah fikir dari tadi, "Nak pergi, tapi tak nak pergi" . Akhirnya aku beritahu kepada ayahandaku tentang hal ini tapi last minute dah . Lupa nak bagitau, nak join kena bayar 25yar . Ayah aku suruh tanya ma esok pagi . Tetapi malangnya, aku memiliki 'kelebihan' iaitu mudah lupa . Dah la haritu (khamis) adalah hari yang terakhir untuk membayar duit tersebut . Dipendekkan cerita, aku tak dapat nak pergi jugak . Alamak, terpanjang lak haii corita denn . To-do list yang pertama adalah Jom Masuk U tadi . Yang kedua pula, hari jadi ayah aku .

Kbaii~~