Lamo bona den tak post an ? So today aku nak share sikitlah pasal situasi yang memalukan . Bila fikir balik moment-moment tu, rasa malu ah takkan marah kot . Kalau boleh tak nak bersemuka dengan sesiapa pun . Aku cerita sikit jelah k . Yang lain tu personal and too embarrassing to share .
1. Aku rebah - 2012
Tahun ni la . Hari tu aku naik motor dengan member gi sekolah . Jadi penumpang je . Ada karnival universiti tu kat MPK . Free kot takkan nak tolak . Dengan pakai baju unifom sekolah bonceng motor, memang tak selesa . Dah sampai kat sekolah aku turun dari motor tu pastuu....tanpa aku jangka, kami berdua rebah atas bumi . Motor tu yang rebah sebenarnya . Memang malu . Peristiwa itu di saksikan oleh budak-budak laki kelas lain . Mula lah perasaan tak nak datang sekolah esok sebab terlalu malu .
2. Cakap lain
Benda ni selalu sangat terjadi . Ada orang tanya aku sesuatu . Telinga aku dengar lain, jawab pun lain . Ada jugak yang aku tengok buat donno je, tak tegur apa yang aku jawab . Tapi yang malunya bila orang tu tegur .
3. First date
Ehemmmmmmmm . Sorry, sakit tekak . Ni masa em..tah la . Aku date kat sekolah ni . Tahun lepas punya lepass . Masa rehat aku rehat dengan dia . Dia gi kat meja makan budak laki, jumpa member . Aku gi kat member aku lah . Aku jalan tengok depan ni tak tengok bawah . Tanpa aku sedari, muka aku kat lantai simen . Wa jatuh kat longkang ma ! Then aku cover line . Orang kat situ macam tak nampak je aku jatuh . Padahal ramai orang depan aku . Nasib baaik dia tak nampak wehh . Fuhhhhh
4. Konon sombong
Aku dah boleh bawak motor tapi kalau dah seminggu aku tak bawak pastu tetibe nak naik motor, memang tak akan jadi . Sebab setiap kali nak naik motor, rasa gegel menyelubungi jiwaku . Tak biasa ah naik motor lebih-lebih lagi kalau ada orang nak bonceng . Hari tu aku sensorang naik motor saja jalan-jalan sekitar ttj 3 . Aku nak balik dan sampai je kat rumah, aku hilang kawalan terus motor gua jatuh derr . Pastu ada jejaka bertopi berhenti depan rumah aku dengan motornya lalu menyoal gua, "Nak saya tolong tak ?" Aku pun buat-buat tak dengar, buat-buat sombong la kononnya . Aku malu benonye tu sebab aku wat donno . Sampai sekarang aku berharap supaya jiran-jiran depan rumah aku tak nampak/tak ingat .
p/s; susah betul nak elak benda-benda macam ni sebab aku cuaiiiiiiiiiiiiiii dan menggelabahh sikitttt