Feb 17, 2013

Kami masih contact lagi



Assalamualaikum

Hi, saya masih tiada pekerjaan. Tanam anggur. Saya tak minta pun semua ni. Takdir saya. Saya kenalah terima. Lagipun, salah saya juga sebab tak nak berusaha. Kawan-kawan saya yang lain poket dah tebal. Saya bila lagi ? Itu yang membuatkan saya jeles ni. Lebih-lebih lagi melihat foto-foto mereka bersama rakan-rakan kerja mereka. Saya rasa macam dipinggirkan pun ada actually. I'm the only one who got no job. Fatin pun tak kerja juga macam aku. Tapi tu lah dia jauh. Dah pindah. Kalau dia ada kat sini kan, kitorang boleh keluar berdua je. Yang lain biar diorang kerja. Ya Allah, bosannnnnnn gila tahu tak duduk kat rumah. Serious aku boleh naik gila. Nasib baik ada 6 ekor kucing kat rumah aku. Tenang sikit hati dan jiwa ni bila tengok telatah diorang yang cute tu.

And thanks to 'him' jugak bila aku bosan, dia yang selalu call aku. Mula-mula aku yang buat miss call. Saja je. Aku ngan dia cool je. Tak salah kan kalau masih contact lagi. Aku buat miss call, dia buat call me back. Dah lama tu dia pula yang call aku dan aku pula buat call me back. Aku miskin ok tak ada modal nak topap. Mampu call me back jelah.

Nope, tak ada la selalu sangat call tu. Macam tak ada kerja lain kan nak call orang. Sometimes petang atau malam. Pagi semalam an dalam pukul 2 pagi aku tak boleh tidur. Aku dah tidur petang. Malam tu tak boleh tidur langsung. So aku decide la nak send call me back kat dia. Just for fun. Sebab aku tak ada kredit nak send text so aku send call me back instead.



Selepas beberapa minit, dia call jugak do. Tanjat gegel. Muahahaha. Dia angkat, dengan suara baru bangun tidur tu.......Bukan nak kata comel la. Tapi sakai. Hahaha. Dia tanya "awak, dah pukul berapa ni ? Asal tak tidur lagi". Sorrylah kacau. Hadoii, kalau dah tidur tu tak payah la call. Tidur jela. Mengada nak call jugak. Orang saja je nak jadi hantu kejap kacau-kacau. Tetiba dia pulak yang tak boleh tidur.

Mata aku dah pejam. Minda aku macam dah berada di awang-awangan da. Sikit je nak tidur. Dia call aku balik. Aku angkat la. Dia pun terus tanya "Awak rindu saya ke ?". Then aku jawab "Boleh la". Dia ada cakap la sesuatu. Dia macam tak kasi aku tidur tau sebelum dia dengar satu perkataan dari aku. Dia kata "Kalau awak tak cakap, saya tak boleh tidur tau". Apa perkataan tu, private ok. Hehe. Aku pun jawab laaa "Dah la. Kau gi tidur la". Centu je.

Kesian pun ada jugak kat dia ni. Time aku bosan, bila aku buat call me back dia call jugak walaupun dah tidur. Time aku dah nak tidur and then dia call, rasa malas nak cakap. I'm sorry.
Hari apa tah tak ingat, dia ada call. Dia cakap "Awak ni dah la gemok, pendek pulak tu. Awak memang semulajadi bantut k. Kalau dah bantut tu, bantut jela". "Yang gemok, tembam dan pendek tu la yang saya sayang". Please jangan muntah. Hm aku pun hampir-hampir  tadi tapi berjaya control balik