Semalam, 3 Mac, aku pergi KL. Aku kerja dua jam je. Pukul 9 sampai pukul 11 pagi. Aku terpaksa cuti sebab aku nak ikut family pergi KL. Kalau aku tak ikut nanti bila balik aku sorang je kat rumah. Lagipun semalam hari Ahad, hari kekurangan pelanggan. Mesti la bos aku tutup awal. Tadi pun bos aku cakap semalam dia tutup kedai pukul 2 petang sebab dia penat sangat. Dia terpaksa tutup. Kalau lah kan aku tak ikut family aku pergi KL, mesti aku kat rumah tengok tv je. Haha bosannye. Makan pun......tah la mesti makan makanan kucing je.
Aku pergi KL sebab nak pergi wedding kawan mak aku. Kat Cheras kot tak silap. First time dalam sejarah hidup, aku pergi wedding memakai baju biasa. Seluar jeans, cardigan & t-shirt. Orang kat sana pun pandang slack je. Nak sangat aku cucuk mata mereka semua. Hehe. Kat kedai sebelum bertolak ke KL, mak call yang aku perlu siap cepat dan bagitahu Cik Ros (bos) yang aku terpaksa cuti. Lepas bagitahu Cik Ros je, kereta dah sampai depan gerai coconut shake tu. Baju kurung bukannya nak tolong prepare kan. Terpaksa pakai baju biasa ni. Kat dewan tempat wedding tu, budak kompang ramai hensem. Hahahaha. Biar la aku nak tengok siapa pun.
Lepas selesai je isi perut, abah cadang nak pergi Berjaya Timesquare. Aku pun.......HOORAY!! Hihi. Tapi sebelum memulakan sesi membeli-belah, kitorang semua nak cari kedai alat tulis terlebih dahulu sebab kakak aku dia nak beli barang dia. Masa nak turun tingkat bawah kat escalator tu, aku rasa aku nampak MatLuthfi! Tak kenal eh ? Tak apalah. Search kat Youtube. Banyak keluar video dia nanti. Time tu rambut dia pacak dan pegang DSLR kot. Entah la aku tak pasti sama ada itu betul-betul MatLuthfi. Mungkin pelanduk dua serupa, mungkin juga tidak. Nantilah, aku inbox dia kat facebook. Itu pun kalau dia reply
Lepas tu pergi balik kat tingkat yang aku nampak baju lawa-lawa tadi. Aku nak beli cardigan. Aku dah bosan dengan cardigan yang warna hitam, tebal & lebar kepunyaan mak ni. Hahaha. Akhirnya, cardigan belang-belang black & white menjadi pujaan hatiku. Muahaha. Time nak bayar kat counter tu, tetiba ter-usha pulak baju blouse....entah la baju tu panggil blouse kot, warna kuning berkolarkan biru turquoise, ada corak awan, pelangi & beberapa titisan hujan. Cardigan & blouse masing-masing harga rm25. Murah kan ? Datang le Timesquare *promote promote
Selesai beli, kitorang pun nak keluar dari TS. Adik aku dah mula meragam nak beli mainan la, cd game la. Mak abah pun malas nak layan. Cepat-cepat kami beredar. Semua dah masuk kereta, enjin pun dah bukak. Tenang sikit kaki ni. Penat jalan-jalan tadi. Aku keluarkan semua isi dalam poket seluar, cermin & phone. Aku check phone, tiba-tiba ada text dari si dia. Dia minta maaf selepas kata-kata dia yang hari tu. Tak sakit hati pun. Just......em...malas nak cakap buat masa ni. Sebelum ni pun dia ada datang depan kedai aku. Mula-mula dia lalu je, kononnya nak pergi beli barang kat kedai sebelah tapi bila dia balik tak nampak pun barang yang dia beli tu. Dengan berpakaian baju kemeja hitam berjalur putih halus, tali leher merah, rambut ala-ala pelakon Shahz Jaszle dalam drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi di tv3. Aku tak minat pun cerita tu sebenarnya. Hari tu terbuka pulak cerita tu tiba-tiba ternampak rambut Shahz Jaszle yang memang serupa dengan dia. Dia pandang aku dan bertanya "Hai. Dah sarapan ke ?". Aku pandang dia dan cuma mengangguk je, lepas tu senyum. Kitorang segan lah nak berbual panjang. Dia pun terus masuk kat dalam kereta putih jenama perodua Alza (tak silap aku kot). Aku tak tahu siapa punya kereta tu. Aku cuma berniat nak tahu pasal kereta je. Bukan dia ahahaha
Okay, tu jelah. Malas dah nak cakap panjang. Hahahahahahahahaha dah berambus