Sep 29, 2017

Random Post: Pertangguhan Review Product

Merujuk perkara di atas, ianya memang benar sama sekali. Haha.

Banyak produk kat Watsons & Guardian yang aku nak review. Contoh produk-produk yang ada dalam list aku ialah Sendayu Tinggi, Naruko, NuTeen, SimplySiti, Bio Essence, mask-mask dan banyak lagi lah. Semua yang ada dalam kedai tu. Tapi buat masa ni aku terpaksa berhenti kan sekejap operasi. Ceh operasi....

Sebabnya aku nak bayar/beli produk-produk tu guna apa? Guna bulu ketiak? (Bak kata Intan Kaharuddin) lol. Sekarang ni bukan waktu yang sesuai. Aku tengah broke, tengah nak berjimat skang ni. Aku struggle nak cari permanent job. Maklumlah kita ni fresh graduate. Haha. 

Hari ni hari jumaat kan. Esok hari sabtu bersamaan 30 Sept aku nak prepare resume, sijil, cv semua sebab sabtu tu ada job fair kat Senawang. So just trying my luck. Mungkin aku lebih expert kat bidang lain ke kan. Kita cuba dulu. OK BYE

No comments: