Ok, sementara kita dah duk depan laptop ni sejak berkurun lama tak menaip, kita nak cakap sikit pasal satu produk. Kecil molek je saiz dia. Tapi harga diaaaaa, uuuhai. Ada la jugak rasa macam tak berbaloi dan mahal. Hahaa.
Nindiaaa kecik tak kecik? Dalam gambar memang lah tak nampak sangat. Tapi sebelum tu nak bagitau, rasa macam serba salah pulak nak review produk ni sebab kita bukan pakai selalu. Tapi nak bagitau jugak la kot ada orang pernah beli dan pakai produk ni lepas tu ada effect yang sama macam kita.
Ni brand Sendayu Tinggi ya hanak-hanak. Dia punya skincare range Brightening Series punya. This is a serum actually. Ada HA iaitu Hyaluronic Acid. Sebelum beli, memang dah lama minat & usha je serum dia. Macam best je. Ada HA plak tu. Memula ingat HA ni sama maca AHA tu. Tapi kakak salah dik. AHA tu ialah Alpha Hydroxy Acid ghupenye...atau pun dikenali sebagai Salicylic Acid. Kita punya cleanser Neutrogena tu pun da siap ada Salicylic Acid.
Dia tak didatangkan dengan kotak. Just plastic wrapper je. So kita tunjuk la semua details, kandungan bahan pasal produk ni kat bawah ya.
___________________________________________________
ST Brightening Series (0.7 oz 20 ml)
Whitening, Moisturise & Firming
Super Hyaluronic Acid Serum
* Melembap
* Menganjal
* Krim Ringan
Bertekstur ringan dengan Hyaluronic Acid dan Aloe Barbadenis membantu untuk keanjalan kulit, anti penuaan, kulit cerah dan bersinar.
Cara penggunaan:
Sapu pada waktu pagi dan malam. Urut perlahan-lahan sehingga menyerap sepenuhnya ke dalam kulit.
Bahan-bahan:
Water, glycerin, Dipropylene glycol, Biosaccharide Gum-1, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water, Acetyl Hexapeptide-8, Caprylyl Glycol, Phenoxyethanol, Niacinamide, Carbomer, Chlorphenesin, Sodium Hyaluronate, Fragrance, Disodium EDTA, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Aloe Barbadenis Leaf Extract.
______________________________________________________
Macam apa yang dia cakap, memang tekstur dia sangat ringan. Water-based orang kata. Cepat serap. Tu yang paling best. Bau pun wangi. Bukan sejenis wangi perfume. Wangi yang sedap lah bau dia. Rasanya bau Witch Hazel kot ni? Sebab kita ada produk lain ada Witch Hazel gak. Bau yang seakan-akan jugak. Cecair dia macam gel, jernih & no colour. Tak berminyak sebab dia water-based.
Pakai sikit pun da cukup sebenarnya pastu ratakan kat seluruh muka. Tak perlu banyak-banyak. Percaya la sebab kita pun mula-mula pernah le letak banyak kat muka sebab geram bau dia wangi and tekstur dia plak best. Cepat serap, sape tak geram. Lepas tu dah ada effect, baru nyesal. Nanti kita kupas yer. Hahaa.
Pakai serum ni sahaja rasanya tak ada pape perubahan sangat, kot? Takde yang berubah. Kena pakai one set skincare Brightening Series range dia tu. Harga dia bagi sekenit 20 ml ni, cost me RM45, tu tengok kat Sendayu Tinggi online store. Kita beli kat Watsons hari tu lupa the exact harga tapi memang ingat around RM40++ something.
Ok, nak kupas dia punya tak best pulak. Kita ni awalnya memang oily skin. Tapi lepas pakai serum ni, kulit jadi kering malah terlalu kering sampai merah-merah & gatal. Kat area pipi dengan dahi kulit memang sangat kering pastu kasar sbb kulit da kering kan. Rasa macam ada bijik-bijik kat kulit ni padahal takde pun. Bukan bijik-bijik jerawat ke whitehead ke apa. Bijik-bijik kulit kasar.
Masa tu ya Allah first time in my life rasa dry skin tu. Sebelum mana pernah. Kita memang kulit berminyak tegar plus kuat berpeluh. So i searched about HA on Google. Benefits dia, function dia semua lah. Apa yang kita dapat daripada Google, HA ni actually bantu lembapkan muka hampa. Dengan cara dia ambik lembapan drpd environment hang kat mana, drpd lembapan dan minyak dari dalam kulit, serta drpd moisturizer yang korang pakai.
So, kalau kita pakai HA ni pastu tak pakai moisturizer, koje plak kat environment yang sangat humid, kering, panas semua. HA ni takde jalan lain, dia terpaksa ambil lembapan dan minyak dr dalam kulit kita which is sometimes too drying sampai gatal-gatal. Benefits lain dalam mencerahkan..? I'm not sure. Haha.
Jad itu saja. Maybe kita nak cuba pakai one set la skincare dia. Tengok jauh mana pi. Tapi mahai ya ampunnnnn si kecik ni haaaaa :(
No comments:
Post a Comment