Assalamualaikum
Dah lama aku tak update apa-apa kat sini sebab tak ada apa nak cerita dah. Aku tak selalu keluar sejak akhir-akhir ni. Itu sebab tak ada cerita. Cuma nak cakap pasal ex jela siapa lagi kan. Now I'm listening to Sinar Fm. Mood jiwang dah on. So apa salahnya cerita sikit pasal ex.
Mesti dah muak kan asyik dengar ex ex. Tak reti nak move on ke ? Tapi aku tak ada la sampai batak sangat nak kat dia. Just...akhir-akhir ni aku rasa keliru la. Aku memang keliru sangat-sangat ni. Aku tak sepatutnya bagitau pasal ni tapi kat sini tak ada siapa kenal dia pun. So, tak patut risau la. Masa bulan disember lepas kita texting dan dia cakap dia nak tunang awal bulan Januari ni.
Aku memang terkejut sebab dia sebaya dengan aku. Kitorang lepasan SPM, result pun belum sampai dah nak fikir bertunang. For me, it's okay la. Tapi buat aku terkejut gila statement dia...sebab-sebab dia nak tunang awal kerana dia ikut ayah dia. Dia kata dia dah tawar hati dengan perempuan lain. Malas dah nak cari. Jadi dia ikut la apa ayah dia cakap. Itu buat aku terkejut. Aku sorang je ke yang terkejut ni ?
Yela. Mana taknya. Dia cakap dia tak sayang pun bakal tunang dia tu. Tapi teruskan jugak. Muda lagi kot. Kalau malas nak cari, tak payah cari. Biar dia datang sendiri. Tapi nasib baik tunang je.
Minggu lepas pula aku text dia tanya dah tunang ke belum. Then dia cakap belum lagi. Baru merisik je. Bulan 2 baru tunang. Dia pun pelik la sebab aku tanya macam-macam. Aku cakap "Benda berat mcm ni aku susah nk caye.". Dia laagi la pelik aku macam tu. Dia tanya lagi "Yang nak tunang saya. Kenapa pula awak nak rasa berat lak ?".
'Berat' tu maksud aku tanggungjawab dia nanti. Benda ni melibatkan masa depan. Itu yang aku cakap benda berat. Dia senyap......pastu dia keliru lagi. Dia text "Kau kecewa ke aku tunang ? Sebab ada member kita cakap macam tu. Betul ke ?". Aku pun pelik member kita yang mana dia cakap ni. Maksudnya dia kenal 'member kita', aku pun kenal juga la. Tapi siapa ek ? Aku tak percaya la apasal orang tu cakap aku kecewa. Status pasrah kat FB pun aku tak buat. Tweet frust kat Twitter pun tak ada juga.
Dia pun tak nak bagitahu siapa sebab nak jaga nama. Dia kata lagi semua text reply aku kat dia macam frust, kecewa je. Dan dia kata aku ni EGO. Susah nak nampak apa perasaan aku. Yeke ? Tak perasan pula. Haha.
Aku tak kecewa pun sekarang bila dengar dia nak tunang. Cuma yang aku fikir, aku tak nak aku rasa kecewa bila dia tengah bahagia dengan orang lain suatu hari nanti dan masa tu aku baru sedar dan sudah pun terlambat. Tu yang aku fikir. Aku rilek kan diri dengan fikir positif. Aku masih muda nak fikir pasal semua benda ni. Tak payah nak serabut kepala.