Jan 1, 2013

RandomStory #2 and welcome 2013.

Assalamualaikum



New year ni layan Kungfu Hustle jelah. Shian pulak tengok si kenit kelabu sorang ni tak ada kawan. Ok aku cerita A sampai Z. Aku ada 5 ekor anak kucing. 2 kelabu, 2 hitam dan 1 putih. Paling geram 2 ekor kelabu ni lah. Sebab dah la gemok, comel pulak tu. Yang putih tu boleh la geram kadang-kadang. Aku rasa dia jantan tapi putih. Macam pondan. kahkah. Angah plan nak angkut semua anak kucing. Hari tu angah datang dia nak angkut. Tapi dia angkut 4 je. Lagi satu simpan rumah. Yang tengah tengok tv tu la. Keshian pulak tengok iye main sorang-sorang. Lagi keshian bila dia nak manja-manja dengan ibu dia, ibu dia macam tak suka. Buat-buat tak kenal. Aku selalu dengar anak lupakan ibu. Ni first time tengok ibu lupakan anak.

Okay, today nombor pin UPU keluar. So aku nak pergi beli. Ada member aku dah beli awal. Memang rancang awal la dia ni. Tak ajak ak pulak. Wuuuu :( ~
Aku gi kat BSN Ttj nanti kalau buka. Mak aku cakap esok mana ada BSN buka sebab new year kan. Hm, we'll see. If.......terserempak dengan dia okay jugak kan. Hehe.

Pasal Gangster, aku tak nak kembali kat dia dah. Tak payah la nak tunggu orang yang tak nak tunggu kite ann. Buang masa je.  So, for this new year, aku nak cari lelaki. Kahkah. Just member la, kenal-kenal. HAPPY NYA HIDUP AKU TAK ADA GANGSTER !. Hahaha. Dia dah happy. Biar aku move on. Aku memang dah completely move on :D

Azam tahun lepas tidak kesampaian iaitu bekerja dan mengumpul duit. Hm, nampaknya impian nak beli kereta Myvi kena tangguh la. Lesen pun tak ambil. Belajar pun belum ha. Maybe next time lah.
HAPPY NEW YEAR EVERYONE ! ^^