Nov 11, 2016

Ice cube tomato mask.

Macam biasa lah waktu2 begini sebelum tidur, memang wajib aku pakai masker. Sekarang ni aku tengah pakai masker epal. Baru je dalam minggu ni pakai. Baru 4 hari je. Jadi, result dia aku tak boleh nak gempak sangat la. Haha.

Kita cerita tentang masker tomato yang sebelum ni aku pakai. Dalam 2 ke 3 minggu jugak la pakai. Hasilnya memang cenggini 👍👍

Masker semula jadi camni aku langsung tak pernah buat. Sebab takde masa satu, dan bahan2 nya pun takde. Hati ni tergerak nak mencoba selepas aku balik dari Melaka ada family day hari tu. Mostly perempuan mengalami sunburn kat muka lagi2 kalo sunburn tu untuk perempuan yang bertudung, ada belang dan sunburn tu ikut bentuk tudung kat dahi. Macam tu lah yang aku alami kat Melaka tu. 😝

Jadi, lepas balik dari Melaka aku teringin nak buat masker tomato. Kita cuma perlukan 2 buah tomato yang dah masak sahaja. Senang untuk orang malas cam aku wuuu 👏

Langkah2 nya:
🔹 Potong kecil kedua² buah tomato. (Sebab senang nak blend)
🔹 Blend sampai halus. (Jangan tambah air sebab tomato itu sendiri akan keluarkan jusnya ketika blend)
🔹 Agak² dah halus, sediakan bekas ais kiub dan tuanglah dalam bekas tuu.
🔹 Simpan bekas ais dalam peti ais.

Cara penggunaan:
🔹 Basuh muka dulu dengan cleanser. Bagi dia basuh bersih² dari dalam dan pori² terbuka.
🔹 Ais yang terlalu sejuk kadang² tak elok untuk kulit. Jadi sebelum sapu dekat kulit, jangan terus sapu ais yang baru keluarkan dari peti ais ke muka.
🔹 Keluarkan seketoi ais kiub daripada peti ais dan masukkan dalam mangkuk pastu biarkan beberapa minit. Biar dia duk dalam room temperature la.
🔹 Agak² dia sudeh sejuk sikit then dia macam mencair sedikit, baru lah boleh sapu pada muka.
🔹 Kalau aku, aku tak menggosok ais tu terus ke kulit sebab ais kiub tu kan kasar.
🔹 Jadi, aku cair² kan siki kat jari pastu sapukan kat kulit. Begituuuuu. Sayangilah kulit andaa.

Cara ni inspired daripada akak FB yang viral dengan ais kiub tomato dia tu.

 

Maaf lah aku takde gambar hehe. Ok! Nak cerita tentang hasil selepas 2 minggu aku buat ais kiub tomato. Aku tengok perbezaan sebelum dan selepas memang ketara sunburn aku dah semakin hilang! (Tapi tak hilang semua. Kalau nak sepenuhnya hilang, pakai lah sampai sebulan lebih) 😱

Uihhh rasa best sangat lah pakai sesuatu kat muka yang kita boleh nampak perubahan & perbezaan dia. Aku ada peghati jugak jerawat semua kecut penakuitt. Haha.

Jadi, kurang² kan lah beli mask mahal² di Watsons atau Guardian. Marilah kita cantik untuk jangka masa yang lama. Bukan cantik sekejap² tau. Biar lambat hasilnya asalkan puas hati dan suci. Selamat malam.