Mar 3, 2020

When your friend is becoming a stranger.

HEYYYOOOO. SUMPAH PANAS GILA BABS MALAM NI. SENJAK MENJAK MEMANG TAK SAH BADAN AKU KALAU TAK BERPELUH MACAM AIR TERJUN.

Tenang-tenang. Kalau baca tulisan capslock biasanya memang asyik nak marah je and terlaju dari biasa. Hehe.

Saja nak bagitau lah. Aku taip ni kat notes fon aku hehe. Sebabnya line rumah aku macam harey malam ni. Aku pishang plus kepanasan kepeluhan.

Just nak luah perasaan. Luah rasa rindu pada seseorang. Someone that i can call a good friend of mine. I still love her actually even kami tak bertegur dah. Aku dah graduate. Dia pula stop study then study kat tempat lain ambil course lain. Dia memang sejenis kental macam tu. 3 kali kot dia tukar course. Setakat yang aku tahu la.

Aku panggil dia Mirah. Aku nak describe dulu fizikal dia. Dia putih. Rupa macam cina tapi mata tak sepet. Mata dia macam mata stim, mata high ketum. Lol! Dia jarang pakai makeup and tak silap aku la dia tak suka buh makeup. Sekali sekala la kita gegirl main makeup- makeup tu dia join je. Cuma nak kua tu memang jarang. Dia tak kisah sangat. Cuma dia cerewet bab benda yang di sarung kat badan contoh macam baju ke, beg ke, tudung, jam kasut..camtu la. Baju kena ikut taste dia, colour dia. Tudung dia suka macam  begitu begini. Kalau tak suka dia akan jual. Dia pernah jual tudung yang dia tak suka kat aku sampai sekarang aku still pakai. Kasut kena begiti begini juga. Cerewet la serius cerewet. Aku jenis kurang penyabar kalau berjalan ngan dia. Kadang rasa serba salah layan dia macam tu tapi ni dah memang personaliti aku jugak kan. Hahaa.

Tapi out of all that cerewet-ness, aku suka gila kawan ngan dia. Dia kuat jalan. Dia suka lawak bodoh. Layan memes bodoh. Suka prank. Suka tag kau kalau dia jumpa video bodoh. Suka selfie. Suka banyak tanya. Suka bercerita. Suka ketawa. Dia banyak menceriakan hari-hari aku.

Kalau nak cerita dari segi personaliti, kitorang memang kontra, jauh, macam langit dan bumi. Dia jenis gila-gila, friendly and open. Aku pulak jenis private person, aku banyak diam mendengar rather than talking. We have same in common yang layan lawak bodoh tu. Aku suka layan memes internet yang bodoh-bodoh and terbawak-bawak in real life. Dia kan peramah...bila aku dengan dia, aku dapat kenal ngan kawan dia yang tu yang ni. Time study dulu, lalu je susur gajah ada je member yang tegur dia. Hai mirah! 20x!! Peh macam retis. Kawan- kawan laki dia pulak jenis jambu siottt. Macam mana tah wei dia kenal ngan mamat jambu siniii (kat kolej aku la).

Kitorang getting close on that particular semester tak ingat berapa. Dia yang tegur aku dulu. Walaupun memula kitorang tak rapat lagi, tapi dia request sendiri nak tido sebilik dengan aku untuk satu malam. Macam overnight la kat bilik aku. Aku nampak ikhlas dia.

Pastu kitorang dah nak habis sem, we agreed untuk duduk satu dorm. Kitorang tak ambik apartment. Ambik dorm 4 orang. Time tu aku rasa kitorang ada masalah. Dia memang best kalau buat kawan. Tapi kalau try to live together aku macam kurang sabar. Hahaa. Sorry my bad. Dia punya cerewet tuu. Ya Allah. Then dia kadang harap kan aku apa-apa yang berkaitan dengan kelas, meeting ke apa. Dia tanya aku macam-macam like she didn't go to the class. She went but didn't took any notes. That's why tanya aku. Aku ada rasa dia macam bergantung sangat kat aku, aku pun tak bagitau details pasal kelas. Macam tak tolong sangat la. Tapi cam kejam an. Aduuh.

Masa sem tu jugak la dia ada jatuh sakit tapi serius tak tau sangat pasal apa. Kalau tak silap, aku sempat ingat dia ada cakap dia sakit buatan orang. Lama gak la. Disebabkan aku tak tau betul-betul punca dia, aku pernah rasa tak adil dia cuti banyak. Ponteng kelas. Dia tak buat assignment dia. Pastu aku terasa dia tinggalkan aku lama sangat kat kolej tak teman aku kat kolej. Aku sorang-sorang je. Jahat kan aku? Tapi time tu aku ada boyfriend aku otp boyfriend aku je tuk teman.

Tak lama lepas tu, dia datang balik kolej. Dah okay sikit. Datang time event kitorang buat kat kolej. Aku tak enjoy sangat masa dia ada. Pura- pura. Orang kata fake ah. Sebab aku macam merajuk ar dia tinggalkan aku lama sangat. Then dia bagitau dia nak benti study. Serius benti terus. Siap bawak family nak angkut barang bawa balik kampung dia. Masa tu kitorang dah okay cuma tak gila-gila, hype macam dulu. Ada perselisihan faham tapi tak diluahkan. Makin lama tak bertegur...jadi balik masa mula-mula tak kenal dulu. Back to being strangers. Tak silap dia still study lagi. Still diploma i guess. Dia memang banyak tukar course.

Jadi tu lah sesi luahan aku tentang Mirah. Kalau dapat peluang jumpa dia, memang aku akan jumpa balik. I love to be her friend. I love being with her. Aku tak ada masalah pun dengan dia. Cerewet dia tu is part of her. Part of her uniqueness.

No comments: