Sep 29, 2019

Perempuan dah jumpa dengan lelaki yang baru kenal, kena buat ni...

Assalamualaikum. Haa ni dah lama sangat tak buat new post. Hari ni tak nak la buat review produk tapi nak bagi info sikit bagi perempuan-perempuan single kat luar sana.

I am 24 years old now, faham-faham la umur macam ni dia punya mengawan lain macam sikit. Haha just kidding! Lol. What i mean is, I am currently busy searching for my life partner. Sebelum-sebelum ni tak terpikir pun sebab gua tak cantik. Tak pandai dress up lagi sebab too young too dumb and broke. Laki nak cari partner dia tengok rupa. Kita kena accept benda tu walaupun sakit. Haha. Then bila dah kerja dah ada duit, kita upgrade diri kita baru la laki tengok kita. Serius. Ini benda betul. Girls, sila upgrade diri anda and bila dah cantik, be sombong yer. Hahaa. Tak ada la nak cakap kita ni cantik sangat sekarang, tapi dah sedap mata memandang la berbanding dengan masa sebelum ni.

Kalau tengok umur 24 ni and tengok pula achievements kita, banyak sebenarnya tak unlock lagi. Serius tak terfikir lagi nak kahwin. Kalau dah dia mai awal, kita accept je. So far sekarang, memang rasa tak fikir nak kawin. Sebab apa? Sebab attitude lelaki aku jumpa tu sendiri. Why macam tu sekali? Lelaki yang aku dah pernah kenal buatkan aku rasa tak nak kawin. Kadang-kadang kita jangan judge a book by its cover. Even umur laki tu 28, tapi jangan fikir dia dah matang and sebaliknya. Sama jugak kalau laki tu umur sebaya kita tapi dia punya matang mengalahkan umur 30 an. Kalau kita nak cakap dari segi rupa pulak, jangan fikir dia tak ada rupa dia tak boleh berfoya-foya. Muka je macam tu tapi banyak perempuan nak kat dia tauuu. Haaaa kita tak tau kat belakang dia buat apa. Then ada sorang laki ni aku pernah kenal jenis tak pandai dress up, selekeh aje bila keluar tapi bila beli pakaian mesti yang branded, berpoket tebal jugak dia ni ek, high maintenance rupanya dalam diam. Jadi, take your time selidik, baca orang yang anda baru kenal tu betul-betul. First impression lain, bila dah kenal lain, bila dah kawin duk serumah lagi lain perangainya.

Girls, kat sini nak bagitau bila berkenalan dengan orang baru,
1. Jangan share semuanya pasal life anda
Share yang sikit-sikit je. Kalau semua pasal family, kawan kerja, cousin semua nak cerita...tup-tup dia minat kat cousin hang yang lawa tu, tak ke frust macam tu. Kalau aku, aku memang jenis private person. Family aku tak semua orang aku cerita. Instagram aku pun jarang aku post pasal family. Bukan tak sayang, sayang. Sebab sayang la aku private kan. Kalau kita share tentang family benda yang negatif, benda tu akan berbalik pada kita. Orang akan pandang negatif kat family kita sebab kita dah share benda aib kan, benda negatif. Share benda positif sahaja ok.

2. Don't put so much effort 
Lagipun, baru kenal. Kenapa kita ni perempuan nak put effort sangat kat orang yang kita baru kenal sehari dua? Perempuan ni makhluk yang rajin and caring. Tapi ada je lelaki yang tunjuk effort. Macam ni la, aku tak nak blame kat mana-mana gender. Benda ni fakta,...dalam relationship, bila kita tunjuk effort oooorr should i say beria, our partner akan rasa tak ada apa nak tunjuk lagi dah sebab semuanya partner dia sapu habis effort tu. Contohnya bila kita dah buat banyak, lelaki tu akan rasa selesa. Biarkan laki tu buat macam-macam kat kau. Kita ni duk diam je. Buat donno je. Nak tunjuk effort, lepas kawin la. This one, I've learned my lesson.

3. Don't give too much love
How can ah people can fall in love only by texting, or meet only once? Sebab senang je, perempuan cepat sayang orang. Actually, for your information kalau bab fall in love, guys are the fastest. Yela belum jumpa atau pun baru jumpa sekali tu pun makan-makan, tiba-tiba dah panggil sayang? Perempuan lambat jatuh cinta but bila dah masuk perangkap, yess she would give too much loveeee. That is hmm dangerous.

4. Don't trust too much
Jangan percaya dia kalau dia kata sanggup tunggu hang habis belajar dia akan hantar merisik. Belum habis belajar lagi baru masuk sem 1, dah menghilang. If that guy makes some promises, iye kan aje, dengarkan aje. Jangan percaya. Kalau dia kata nak bawa jalan-jalan. Iye kan aje. Padahal, dia tengah ws ngan orang lain benda yang sama kot. Pegang kata- kata ni, "Dengar boleh, percaya jangan"
And lagi satu haha, pada girls yang send nudes kat partner tu jangan la tunjuk muka. Ws sekarang boleh delete messages. After dah send nudes tu delete the pic instantly. Kalau esok hari dia da tak boleh delete balik. Jangan rasa kesian bila that guy begging you to send your titties. Actually he was begging to 5 other girls in his ws.

5. Don't put very high hopes and expectations on people
Ni lebih kurang macam yang kat atas. Jangan berharap sangat la. Kenal berapa hari je pun. Just go easy. Chill. Don't rush. Dia nak tunggu kita, angguk kan aje. Jangan berharap sangat selamanya dia akan tunggu. Kalau dia betul-betul tunggu, give him a support and love that we should give!!
Lastly, jangan text with only one guy. Kenal la dengan beberapa orang. So that, bila that guy main-main ngan kita, kita chill aje delete the contact then boleh text ngan orang lain. Tak ada frust menonggeng di situ. This is applicable only for single people. Yang dah couple tu tak digalakkan. Jangan terbiasa dengan budaya MENCURANG. Love your partner eternally.

_____________________________________________

Itu saja untuk hari ni kawan-kawan. Semoga bermanfaat. Happy National Single Day. 

No comments: