May 20, 2017

Beauty Slang Terms You Need To Know

Halo selamat tengah hari. Hari ni rajin nak update mengenai Makeup Terms yang orang dok sebut-sebut tapi awak tak faham satu apa pun. Sekarang mana-mana MUA Malaysia suka guna makeup terms in English. Lagilah peningkan. Jadi, update kali ni sesuai sangat bagi beginner yang baru je berjinak-jinak dengan makeup/beauty. I hope these will help you to clear out your confusions. 

1. Eyes Area

Let's start with the word crease. Apa tu crease? Haa kalau guna Google translate maksudnya berkedut/lipatan. Tapi dalam makeup term ni di mana ayat crease tersebut di gunakan? Of course ler di bahagian mata. Crease ialah bahagian lipatan mata awak. 



This photo explains evvvverything. Some of the times, we start our eye makeup look by blending or applying the eye shadow on a crease. Macam I juga. I always start on my crease first and then my lid. But one thing you have to not forget, which is blend out the eye shadow on a crease. Jangan biarkan eye shadow bertompok, tebal or looking sharp on a crease. No girl! You look like someone punch you in a face. Rules  nombor satu dalam makeup ialah BLEND. Foundation kena blend. Contouring pun kena blend. Eye shadow lagi lah kena blend sebab kita berjumpa dengan orang guna mata. Kalau orang lain tengok mata awak yang eye shadow tak blend tu, boleh mengganggu fokus seseorang itu. Malah, nampak tak cantik. 

Kemudian, eyelid. Eyelid semua orang tahu tu apa. I explain the common things yang MUA selalu sebut ok, so the rest I just skip. Next is waterline. Awak akan confuse dengan 2 perkataan ini between waterline & lower lashline. OK. When it comes to waterline, you have to remember it is WET. Maknanya dia dekat garis mata yang basah tu. Simple je! Dan kalau lower lashline, obviously lah dekat garis bawah mata yang kering. 

Inner corner & outer corner awak akan selalu dengar di mana-mana makeup tutorial video. Biasanya inner corner ni MUA akan menggunakan brush yang kecil sahaja. Sebab apa? Sebab bahagian inner corner tu sangat kecil dan dalam so, brush yang kecil pun sudah memadai. And they use highlighter powder or shimmery powder on inner corner to lighten & brighten your eyes. For those who want to look natural with less makeup on, just put the highlighter on your inner corner. Awak akan nampak segar dan mata you berkilau sangat. Outer corner pula di bahagian luar kelopak mata. Kat mana tu? Boleh bayangkan tak? Ha atau pun di bahagian 'winged liner'. 


Tu dia winged liner iaitu garis celak yang bersayap atau senang nak bagi faham, yang tajam tuuh. Itu lah dia area outer corner. Tujuan letak eye shadow di bahagian outer corner ialah untuk menghasilkan efek smokey eye. Haaa. Dan untuk besarkan mata. Sesuailah untuk orang yang mata sepet atau mata redup.

2. Preloved & Swatch

Biasanya di laman Twitter @twt_kecantikan ada slot #prelovedtk untuk sesiapa yang nak jual/lepaskan barang yang telah digunakan pada orang lain. Itu maksudnya 'preloved'. Dan kebiasaannya sebab-sebab melepaskan barang tersebut terdiri daripada salah shade foundation, terlalu gelap/terlalu terang, tak sesuai dengan keadaan kulit; oily/dry/acne-prone dan etc. Swatch ni apa pula? Swatch is when you apply any liquid comes from foundation, lipstick or any beauty products on your skin. Tu dia swatch. Kalau orang cakap "Ive swatched this lipstick 2 times." Maksudnya dia dah guna sebanyak 2 kali sahaja. Simple as that kan? 

3. Dupe

Dupe is an abbreviation of duplicate. Contohnya Maybelline Fit Me Concealer selalu dikatakan oleh MUA atau vlogger YouTube sebagai 'dupe' kepada NARS Radiant Creamy Concealer.


Haa kesimpulannya, Maybelline concealer ni copy kepada NARS concealer. That's why some of the vloggers or MUAs like to compare these two because they look the same, also the texture of it kinda same. 

So, dapat apa-apa input daripada kelas hari ni? Haha. So today, I manage to explain only 3 terms to you. I will continue with another makeup or beauty terms on another day, in shaa Allah. TQ for reading. Baii. 

No comments: